Thursday, December 23, 2010

      Di mana-mana orang sering membicarakan tentang kesihatan. Tidak kira apa situasi seseorang samada orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan atau bawahan kesemuanya mahukan kesihatan yang baik.

     Sekiranya kesihatan seseorang itu terganggu, maka banyaklah yang akan terganggu dalam kehidupannya. Misalnya pekerjaan, keriangan, program kekeluargaan dan sebagainya. Oleh itu, kesihatan sangat diperlukan oleh setiap orang dari zaman berzaman. Lebih-lebih lagi di zaman siber yang canggih dengan maklumat ini.

     Orang yang mempunyai kesihatan yang baik juga akan menjaga imej dan ketrampilan dirinya. Orang yang tidak mempunyai kesihatan yang baik wajahnya akan kelihatan suram dan tidak ceria. Berwajah suram dan tidak ceria akan mengakibatkan seseorang itu kurang mendapat perhatian daripada masyarakat.